Wednesday, January 1, 2020

Selamat Tahun Baru 2020


Selamat Tahun Baru 2020 kawan-kawan!

Dulu masa kecil selalu diperdengarkan dengan Wawasan 2020. Alhamdulillah, hari ini di tahun 2020 saya dah ada anak kecil. Seorang umur 8 tahun, seorang lagi 5 tahun.

Dah buat senarai impian 2020? Saya dah senaraikan 10 impian utama tahun 2020. Kalau keseluruhan impian secara terperinci, saya rasa boleh pakai 10 muka surat. Hehe. Walaubagaimanapun, semua impian semestinya perlu seiring dengan tindakan. Betul ke sangat betul?

Salah satu impian utama saya ialah nak terus giat menyebarkan kepentingan takaful dan seterusnya boleh bantu lebih ramai orang mendapatkan perlindungan takaful untuk diri serta keluarga bersama Great Eastern Takaful Berhad. InshaAllah, aamiin Ya Mujib.

2019 yang telah berlalu banyak memberikan pengajaran dalam hidup. Pahit, manis, masam, masin; begitulah kehidupan. Kita hambanya kena sentiasa dan terus bersyukur. Syukur dengan semua yang telah Allah pinjamkan.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita tahun ini. 
Semoga tercapai semua impian kita.
Aamiin Ya Rabb. 

Assalammualaikum buat semua yang singgah disini.
Semoga kalian dapat sesuatu yang baik.
Yang baik datangnya daripada Allah,
Yang buruk dari saya sendiri.
♡ Yatie ♡

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com