Friday, January 10, 2020

10 Kanser ‘Takluk’ Malaysia

Tempoh hari dengar juga dalam berita tv tentang 10 kanser utama yang melanda rakyat Malaysia. Masa tu terus teringat akan pelan Harapan Trio yang ditawarkan pada September hingga Disember 2019 iaitu salah satunya adalah pelan Pampasan Sakit Kritikal.

Penyakit boleh menyerang siapa-siapa sahaja tak mengira usia, jantina dan juga tak semestinya yang dah jaga pemakanan diet sebaiknya tak diserang penyakit. Betul tak? Apa yang boleh kita buat selain dari jaga makan jaga diet dan amalkan gaya kehidupan yang sihat ialah;

MENYEDIAKAN DIRI DENGAN PERLINDUNGAN TAKAFUL.

Perlindungan takaful penting pada masa kini. Ia bukan lagi kehendak tetapi keperluan seiring dengan kos rawatan yang semakin meningkat saban tahun. Sedangkan harga bawang pun meningkat, inikan pulan rawatan hospital serta ubat-ubatan.

Kad Perubatan digunakan kos rawatan dan perubatan di hospital.
Pampasan Sakit Kritikal boleh dituntut untuk sara hidup dan rawatan alternatif.
Pampasan Kematian boleh dihibahkan atau Hilang Upaya Kekal untuk kelangsungan hidup.
Simpanan digunakan semasa persaraan bagi meneruskan kehidupan yang sama seperti sebelumnya.

Tanpa perlindungan takaful, semua kos yang dinyatakan di atas perlu menggunakan duit simpanan sendiri. Semak kewangan kita, berapa jumlah wang yang ada?

Peruntukkanlah sedikit pendapatan untuk perlindungan takaful.

Assalammualaikum buat semua yang singgah disini.
Semoga kalian dapat sesuatu yang baik.
Yang baik datangnya daripada Allah,
Yang buruk dari saya sendiri.
♡ Yatie ♡

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com