Tuesday, October 22, 2019

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Dah alang-alang ke Sungai Besar, kami singgah juga ke Pasar Awam Pasir Penambang. Satu jalan kan, dan suami pun nak singgah. Penting suami nak singgah tu sebab beliau yang drive. Hehe. Alhamdulillah ada juga hasilnya sebab sebelum ni pernah pergi tapi tak berhasil.

Masa dalam perjalanan nak ke Orang-Orang Cafe tu saya siap DM kawan lokasi dia selalu beli barang basah. Nasib baik betul Laila orangnya. Hihi. Laila kata dia ke Pasar Pasir Penambang. Ikan murah dan siap boleh siang serta bagi ais untuk mudahkan kita simpan ikan dalam ice box. Teruja saya sebab ikan kembung kecil boleh siang. Hihi. Cuma balik rumah saya potong sikit lah dekat perut dan buang mulut ikan. Hehe.

Atas sebab itu lah saya masak ketam. Alhamdulillah, ketam fresh! Hehe. Sebelum ni pernah beli kat KL ni, tapi dapat yang sangat tak fresh. Sedih betul. Harga mahal seekor. Lama dah tak ingat bila. Sejak itu kami tak beli pun ketam kat sini.


Panjang intro saya kan. Haha. Kata nak kongsi resepi. Hihi. Pada mulanya nak guna resepi Azie Kitchen yang tak guna bawang semua tu tapi suami saya kata macam pelik je kalau tak guna bawang tak letak serai. Jadi, katanya ‘ikut cara biasa kita lah’. Haha. 

Bahan-bahan:
Bawang Ros 5 biji*
Bawang Putih 4 ulas*
Cili Padi 15 batang*
*blend dengan 1/2 kotak santan kurang lemak
Serai 1 batang
Santan Kotak Kurang Lemak 1
Santan Kotak Biasa 1
Asam Keping
Daun Kunyit
Air
Garam
Secukup Rasa

Cara-Cara:
1. Tumis bahan yang telah dikisar bersama serai hingga naik bau dan layu
2. Masukkan semua santan dan biarkan mendidih
3. Masukkan ketam, asam keping dan daun kunyit
4. Kemudian masukkan garam, secukup rasa dan juga air (ikut kepekatan yang kita mahu)
5. Siap!

Senang je sebenarnya masak lemak ni. Hehe. Tapi, tak boleh amalkan selalu sebab saya kalau masak lemak, tak nak cair. Haha. Aduh! Cukup lemak, cukup pedas. Umph! Hehe. Kuah ketam pula, akan auto ada manis-manisnya. Gitu. Aflah pun suka kuah masak lemak. Nak kuah kuning katanya.

Entah bila lagi nak masak ketam ni. Haha. Anyway, kitorang kalau kat Sarawak biasa rebus macam tu je. Kampung tepi laut kan. Kadang-kadang, bapak bawa balik ketam masih gerak-gerak gitu. Haha. Sejak kahwin dengan suami, barulah kami ada masak menu masak lemak kat Sarawak sana.

Bila makan ketam pula saya biasanya tak akan lalu makan nasi. Sebab apa? Sebab concentrate nak makan ketam tu. Haha. Suami kata, “huish, hari ni lambat dari budak-budak kita makan”. Haha. Alhamdulillah.

Assalammualaikum buat semua yang singgah disini.
Semoga kalian dapat sesuatu yang baik.
Yang baik datangnya daripada Allah,
Yang buruk dari saya sendiri.
♡ Yatie ♡

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com