Tuesday, October 22, 2019

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Dah alang-alang ke Sungai Besar, kami singgah juga ke Pasar Awam Pasir Penambang. Satu jalan kan, dan suami pun nak singgah. Penting suami nak singgah tu sebab beliau yang drive. Hehe. Alhamdulillah ada juga hasilnya sebab sebelum ni pernah pergi tapi tak berhasil.

Masa dalam perjalanan nak ke Orang-Orang Cafe tu saya siap DM kawan lokasi dia selalu beli barang basah. Nasib baik betul Laila orangnya. Hihi. Laila kata dia ke Pasar Pasir Penambang. Ikan murah dan siap boleh siang serta bagi ais untuk mudahkan kita simpan ikan dalam ice box. Teruja saya sebab ikan kembung kecil boleh siang. Hihi. Cuma balik rumah saya potong sikit lah dekat perut dan buang mulut ikan. Hehe.

Atas sebab itu lah saya masak ketam. Alhamdulillah, ketam fresh! Hehe. Sebelum ni pernah beli kat KL ni, tapi dapat yang sangat tak fresh. Sedih betul. Harga mahal seekor. Lama dah tak ingat bila. Sejak itu kami tak beli pun ketam kat sini.


Panjang intro saya kan. Haha. Kata nak kongsi resepi. Hihi. Pada mulanya nak guna resepi Azie Kitchen yang tak guna bawang semua tu tapi suami saya kata macam pelik je kalau tak guna bawang tak letak serai. Jadi, katanya ‘ikut cara biasa kita lah’. Haha. 

Bahan-bahan:
Bawang Ros 5 biji*
Bawang Putih 4 ulas*
Cili Padi 15 batang*
*blend dengan 1/2 kotak santan kurang lemak
Serai 1 batang
Santan Kotak Kurang Lemak 1
Santan Kotak Biasa 1
Asam Keping
Daun Kunyit
Air
Garam
Secukup Rasa

Cara-Cara:
1. Tumis bahan yang telah dikisar bersama serai hingga naik bau dan layu
2. Masukkan semua santan dan biarkan mendidih
3. Masukkan ketam, asam keping dan daun kunyit
4. Kemudian masukkan garam, secukup rasa dan juga air (ikut kepekatan yang kita mahu)
5. Siap!

Senang je sebenarnya masak lemak ni. Hehe. Tapi, tak boleh amalkan selalu sebab saya kalau masak lemak, tak nak cair. Haha. Aduh! Cukup lemak, cukup pedas. Umph! Hehe. Kuah ketam pula, akan auto ada manis-manisnya. Gitu. Aflah pun suka kuah masak lemak. Nak kuah kuning katanya.

Entah bila lagi nak masak ketam ni. Haha. Anyway, kitorang kalau kat Sarawak biasa rebus macam tu je. Kampung tepi laut kan. Kadang-kadang, bapak bawa balik ketam masih gerak-gerak gitu. Haha. Sejak kahwin dengan suami, barulah kami ada masak menu masak lemak kat Sarawak sana.

Bila makan ketam pula saya biasanya tak akan lalu makan nasi. Sebab apa? Sebab concentrate nak makan ketam tu. Haha. Suami kata, “huish, hari ni lambat dari budak-budak kita makan”. Haha. Alhamdulillah.

Read more>>>

Sunday, October 20, 2019

Makan Belangkas di Orang-Orang Cafe


Tadi, kami meredah ratusan kilometer menuju Sungai Besar nak makan belangkas. Saya kalau bab makan memang gigih. Haha. Haish! Alangkah bagusnya kalau usaha nak kurus pun begitu kan? Hehe. 



Kami sampai dalam jam 1 petang. Saya dah booking menu dah seperti yang diminta. Cuma, mungkin booking menu itu adalah untuk reserve belangkas sahaja sebab kami tunggu dalam setengah jam barulah menu di atas sampai. Nasi goreng kampung dan pataya tak pedas untuk anak². 


5 minit selepas itu barulah menu² yang dinanti-nantikan tiba. Haha. Dramatik sangat kan. Yang pertama sampai, Bunga Teratai Tempura. First time makan bunga teratai. Haha. Sedap! Jujurnya, tak boleh nak gambarkan macam mana rasa bunga tu sebab dah goreng dengan tepung kan. Rasa macam makan kerepek.



Ini menu istimewa, sotong Sumbat Telur Belangkas. Saya request 200gram. Yang ini rasanya biasa-biasa je bagi saya. Special sebab sotong ni disumbat dengan telur belangkas kan. Hehe. Tapi telurnya macam hancur. Huhu. Tak rasa sangat lah telur belangkas nya.


Belangkas Masak Lemak Cili Padi. Ini request suami. Pun biasa-biasa juga masak lemaknya. Cili padi nama menunya, tapi tak pedas sangat. Tak berapa pekat. Sayang betul. 



Last but not least. Signature cafe ni - Belangkas Bakar Cicah Asam. Yeay alhamdulillah merasa juga. Haha. Tetapi, atas sebab kami bukanlah kali pertama makan belangkas makanya menu bakar ni agak kurang menyelerakan bagi kami. Telur pun jadi keras sikit sebab bakar kot. Then, terasa lah memang kena bakar belangkas tu. Haha. Maksud saya, ada rasa asap dan pahit sikit. Tak tahu macam mana nak cakap. Hehe.

Overall, makanan ok. Siapa yang belum pernah makan belangkas, bolehlah ke sini nak mencuba. Ada pilihan jenis masakan lain selain dari yang kami makan macam sambal dan pedas. Ada juga menu pilihan lain macam masakan panas, shell out dan juga western. View sawah padi. Ada disediakan tandas dan surau juga.

Kos untuk 1 ekor belangkas bakar, 1/2 ekor masak lemak cili padi, 1 ekor sotong sumbat telur belangkas, 1 piring teratai tempura, 1 nasi goreng kampung, 1 nasi goreng pataya, 3 nasi putih dan 1 jug air sirap ialah RM120.

Namun begitu, ada beberapa yang saya rasa perlu ditambah baik dan diperbaiki. 

Pertama, kalau boleh dan perlu bagi yang dah diminta booking tu bolehlah minta deposit supaya boleh masak lebih awal mengikut masa yang dijanjikan. Sebab dalam form tempahan ada anggaran masa pelanggan nak datang. 
Kedua, kebersihan kedai seperti kipas dan juga peralatan seperti jug, gelas dan juga sudu. 
Ketiga, tolong jangan biarkan kucing mengganggu pelanggan makan. Kucing sampai naik, duduk atas meja kat sebelah kita makan. Huhu. 
Keempat, surau dah disediakan tetapi saya tanya surau dan pergi ke surau tu, pekerja tu tak tolong tutup pun tingkap yang terbuka luas. Tingkap bukan tingkap rumah ye. Lain, yang surely saya tak berani lah tutup sendiri. 
Kelima, toilet dah disediakan tapi hos tak cukup panjang. Hoho. Sebab bawa anak ke tandas, agak sukar sedikit. Huhu.
Keenam, boleh rasanya tambah kipas lagi sebab panas kan. Tahu kat sawah panas tapi boleh kot kan tambah untuk keselesaan pelanggan. 

Saya bukan berniat nak demand. Tak. Tak. Ini adalah pandangan dan cadangan saya dari segi persekitaran. Common kata orang kan. Sebab cafe ni ada masuk JJCM. Lepas tu dalam instagram saya tengok ada kerabat diraja datang makan. Jadi, cafe ni walaupun jauh dekat sawah tapi dah kategori bukan beshe beshe. Harapnya boleh kekalkan mana yang dah baik, perbaiki yang kurang dan tambah baik. 

Alhamdulillah. Tercapai juga hajat nak makan kat sini setelah sekian lama teringin. Kalau kat Sarawak, kitorang memang rebus je. Hehe. Itupun sebenarnya dah cukup sedap. Di Johor dulu pernah makan yang masak sambal. Jadi, nak cuba cara masakan yang lain pula. Nak masak sendiri, rebus je tahu. Hahaha.

Ok lah. Till we meet again dalam post lain.

Read more>>>

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com