Friday, September 27, 2019

Kita Hanya Merancang

Saban tahun, azam nak update blog setiap hari terkandas. Haha. Kebiasaannya bila tengah sibuk, saya akan ada banyak perkara yang nak dikongsikan. Tetapi, bila dah habis waktu sibuk saya akan ketandusan idea. Huhu. Besar juga cabaran nak menulis blog. 

Hari ini, banyak perkara yang saya fikirkan. Macam flash back. Tentang apa yang pernah dihajatkan, diimpikan dan dirancang dalam kehidupan. Yang sebenarnya bila diingat, banyak perkara yang berlaku adalah di luar jangkan, perancangan dan malah tak pernah langsung difikirkan. Dan, saya gembira dengan semuanya. InshaAllah.


Apa jua yang berlaku dalam hidup adalah atas izinNya jua. Allah tak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang dia tak berupaya dengannya. Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan ini pasti ada hikmahnya walau ia pahit sekalipun. Kita sebagai manusia yang wajib percaya dan menyerahkan sepenuh kebergantungan ke atas Allah SWT.

Jangan kita berputus asa dengan rahmat Allah. Bersangka baik pada Nya. Mensyukuri segala nikmat Nya. Dan teruslah berdoa. Moga Allah perkenan dan makbulkan. Jika bukan sekarang mungkin di masa hadapan. Jika bukan seperti yang dimahukan, pasti Dia akan beri yang lebih baik.

InshaAllah.

Read more>>>

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com