Monday, August 5, 2019

Susun Atur Buku di Rumah

Dulu, masa kanak-kanak saya selalu berangan akan ada mini library di rumah. Saya ada banyak rak yang penuh dengan buku. Satu sudut yang saya akan duduk bahagia membaca buku. Hihi.

Sehingga hari ini saya belum berjaya lagi merealisasikan angan-angan itu. InshaAllah suatu hari nanti di rumah sendiri. Setakat ini saya cuma ada satu rak buku dari Ikea yang belum lagi ada pintu ini. Hihi. InshaAllah, soon.


Sebenarnya, kelmarin kami mengemas rumah nak menyambut mak bapak dan adik-adik saya yang akan datang ke rumah dari Sarawak hari Sabtu nanti. Sambil itu, saya pun kemas semula almari ni dan pindahkan buku sekolah Arissa sekali ke rak ini. Sebelum ini buku-buku sekolah Arissa saya susun dalam bilik kerja kami. 

Mudah sikit nak susun di rak ini bila dah tak pakai fail sebab Arissa sendiri minta tak nak bawa fail untuk isi buku dia. Jadi, saya ikutlah sebab itu yang dia selesa. Hari ini saya sedekahkan juga semua novel saya. Kalau masih disimpan novel semua, memang tak muat nak selitkan buku Arissa. 

Lagipun saya dah tak ada masa rasanya untuk baca novel yang kebanyakannya jauh dari kehidupan sebenar. Dah tua barangkali, sebab itu dah tak begitu berminat nak baca novel. Hehe. Apa pun, seperti orang lain jua saya memang berazam untuk perbanyakkan lagi masa untuk mengaji dan baca terjemahan sekali. Doakan ya, inshaAllah.


Selain dari itu, saya juga nak luaskan bilik kerja kami ni. Sekarang, suami ada hobi baru iaitu menjahit. Jadi, meja kerja kami ni dah ada tambah satu lagi gadget selain dari dekstop / laptop dan printer iaitu mesin jahit. Huhu. Sebelum ni bakul putih yang menghimpunkan buku Arissa tu semua atas laci putih.

Alhamdulillah kemas dah kedua-dua tempat. Sedap mata memandang. Cuma tak tahu bertahannya sampai bila. Haha. Tahu je lah, anak-anak kan. Pada ketika saya berkongsi cerita ini pun da dah buku-buku yang tidak pada tempatnya saya susun. Hihi. 

Saya minat membaca. Saya bukan seorang yang bersosial sangat selain dari media sosial. Saya lebih memilih untuk duduk di bilik dan membaca buku. Dulu sama, sekarang pun sama. Cuma masa tak begitu banyak untuk aktiviti membaca. Sebab itu ada lagi buku yang plastik belum dibuka. Hihi. 

Semoga lepas ni saya dan anda semua akan ada lebih banyak masa untuk membaca atau melakukan apa sahaja aktiviti yang kita suka selagimana ia tak membuang masa dan memberi manfaat. InshaAllah.

Assalammualaikum buat semua yang singgah disini.
Semoga kalian dapat sesuatu yang baik.
Yang baik datangnya daripada Allah,
Yang buruk dari saya sendiri.
♡ Yatie ♡

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com