Tuesday, August 6, 2019

Resepi Bihun Goreng Tomyam

Hujung minggu hari tu, dah tak ada idea nak masak apa dengan bahan yang terhad maka terjadinya bihun goreng tomyam. Hihi. Saya kan tak berapa pandai masak jadi diakui saya ni memang sejenis yang ikut resepi sebiji. Contohnya, nak buat bihun goreng biasa tapi taugeh tak ada. Saya terus jadi kacau bilau tau. Hahaha.

Lepas tu buka-buka la resepi dekat internet. Jumpa resepi bihun goreng tomyam yang rata-rata nya tak letak taugeh pun. Yeah! Suami tak perlu lah nak kena keluar pergi beli taugeh. Hehe. Tapi kan, kalau ada taugeh mesti lagi sedap. 

Macam biasa, saya kongsi disini.

Bihun Goreng Tomyam

Bahan-bahan:
5 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*
1 genggam udang kering*
* kisar
1 mangkuk kecil ayam (potong kecil)
1 batang lobak merah (potong kecil)
1 mangkuk kobis (potong kecil)
2 biji tomato (potong 8)
1 sudu besar pes tomyam
2 batang serai  (ketuk)
1 bungkus bihun (celur)

Cara-cara:
Tumis  bahan kisar serta serai sehingga naik bau
Masukan pes tomyam dan tumis sampai naik minyak
Masukkan ayam sampai ayam masak
Masukkan semua sayur lobak dan kobis. Perasakan siap dengan garam dan secukup rasa.
Sambil-sambil tu dekat kuali sebelah buat telur hancur.
Last, masukkan telur hancur dan tomato. Gaul rata. Siap!
Mudah ke mudah? Mudah sangat kan nak buat bihun goreng tomyam ni. Lagi sedap saya rasa kalau letak cili kisar sekali dan pedas sedikit. Saya tak boleh nak bagi pedas lagi sebab ada anak dua orang ni kan. Nanti tak dapat makan pula. Hehe. Nak bagi lebih naik aroma bihun goreng tomyam, letak sehelai dua daun limau purut. Saya lupa. Hihi. 

Tadaaa. Tabur bawang goreng. Dan, makan! nyums.
Inilah satu-satunya menu pada hari tu. Pakej makan tengahari sekali. Haha. Malam pula masak nasi, goreng telur garing kegemaran semua dan sardine. Pergh! Gandingan mantap di malam hari. Hihi.

Assalammualaikum buat semua yang singgah disini.
Semoga kalian dapat sesuatu yang baik.
Yang baik datangnya daripada Allah,
Yang buruk dari saya sendiri.
♡ Yatie ♡

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com