Thursday, August 8, 2019

Kenapa Anda Perlukan Takaful?

Sebelum kita baca lagi banyak tentang topik kenapa perlunya takaful ini, saya nak jelaskan sedikit tentang ‘term’ yang digunakan dalam entri ini. Tujuannya adalah untuk elak sebarang kekeliruan. 

Saya tahu, ramai yang sinonim dengan perkataan takaful. Yelah, awal dahulu hanya ada insurans. Great Eastern Takaful dilancarkan pada tahun 2010. Apa pun, kedua-duanya adalah bertujuan yang sama iaitu untuk perlindungan anda semua. Yang berbeza ialah, takaful adalah mengikut sistem Islam. Lain kali saya akan kongsikan ya perbezaan takaful dan insurans.

Jadi, untuk gambar di bawah nanti sila fahami bahawa insurans sama dengan TAKAFUL manakala pampasan sama dengan HIBAH. Kenapa perlukan insurans hayat adalah sama dengan KENAPA ANDA PERLUKAN TAKAFUL. Boleh ke boleh?

Saya kongsikan disini jua apa yang telah dikongsikan di iBanding. Dengan rendah hati saya mohon supaya menganalisa diri semasa membaca faktor-faktor yang dikongsikan ini dan fikir masak-masak. Tanya diri, “ADAKAH AKU PERLUKAN TAKAFUL?”


1. ANDA PEMBERI NAFKAH

Apakah yang berlaku jika ‘sumber pendapatan’ utama keluarga telah tiada? Atau apakah yang berlaku jika salah satu ‘sumber pendapatan’ keluarga tiada? Mampukah pasangan yang ditinggalkan nak selesaikan apa yang telah ditinggalkan dan meneruskan kehidupan. 

2. ANDA MEMILIKI PINJAMAN RUMAH

Mampukah yang ditinggalkan nak meneruskan bayaran rumah? Jika tidak, boleh bayangkan keluarga terpaksa keluar dari rumah yang pada asalnya dibeli sebagai tempat berteduh keluarga. 


3. ANDA PENJAGA KEPADA ORANG TUA ANDA

Sekiranya anda anak yang terpilih untuk menjaga mak bapa, anda perlukan sediakan sesuatu untuk
mereka sekiranya berlaku sebarang musibah. Sekurang-kurangnya boleh bantu mereka untuk meneruskan sisa kehidupan tanpa anak disisi.

4. ANDA PENIAGA ATAU USAHAWAN

Peniaga atau usahawan kebiasaannya tiada caruman KWSP / SOCSO / PERKESO. Peniaga / usahawan selalunya akan membuat simpanan sendiri. Menyimpan sendiri, waris akan ditinggalkan dengan jumlah simpanan tersebut yang sekiranya tidak dihibahkan akan diagihkan secara faraid. Dengan takaful, ada sejumlah wang hibah dan juga simpanan (terma & syarat).

5. ANDA TANGGUNG HUTANG DAN PINJAMAN

Sekiranya ada pinjaman peribadi atau kenderaan, adakah kita nak biarkan penjamin kita susah kerana kita? Atau nak biarkan keluarga yang ditinggalkan dibebani dengan pinjaman kita semasa hidup?

Jelas ke jelas? Kongsikan perkongsian ini kepada semua sekiranya ia memberi manfaat untuk anda dan pastinya ia juga akan memberi manfaat pada orang sekeliling anda. InshaAllah.

Assalammualaikum buat semua yang singgah disini.
Semoga kalian dapat sesuatu yang baik.
Yang baik datangnya daripada Allah,
Yang buruk dari saya sendiri.
♡ Yatie ♡

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com