Thursday, August 8, 2019

Kenapa Anda Perlukan Takaful?

Sebelum kita baca lagi banyak tentang topik kenapa perlunya takaful ini, saya nak jelaskan sedikit tentang ‘term’ yang digunakan dalam entri ini. Tujuannya adalah untuk elak sebarang kekeliruan. 

Saya tahu, ramai yang sinonim dengan perkataan takaful. Yelah, awal dahulu hanya ada insurans. Great Eastern Takaful dilancarkan pada tahun 2010. Apa pun, kedua-duanya adalah bertujuan yang sama iaitu untuk perlindungan anda semua. Yang berbeza ialah, takaful adalah mengikut sistem Islam. Lain kali saya akan kongsikan ya perbezaan takaful dan insurans.

Jadi, untuk gambar di bawah nanti sila fahami bahawa insurans sama dengan TAKAFUL manakala pampasan sama dengan HIBAH. Kenapa perlukan insurans hayat adalah sama dengan KENAPA ANDA PERLUKAN TAKAFUL. Boleh ke boleh?

Saya kongsikan disini jua apa yang telah dikongsikan di iBanding. Dengan rendah hati saya mohon supaya menganalisa diri semasa membaca faktor-faktor yang dikongsikan ini dan fikir masak-masak. Tanya diri, “ADAKAH AKU PERLUKAN TAKAFUL?”


1. ANDA PEMBERI NAFKAH

Apakah yang berlaku jika ‘sumber pendapatan’ utama keluarga telah tiada? Atau apakah yang berlaku jika salah satu ‘sumber pendapatan’ keluarga tiada? Mampukah pasangan yang ditinggalkan nak selesaikan apa yang telah ditinggalkan dan meneruskan kehidupan. 

2. ANDA MEMILIKI PINJAMAN RUMAH

Mampukah yang ditinggalkan nak meneruskan bayaran rumah? Jika tidak, boleh bayangkan keluarga terpaksa keluar dari rumah yang pada asalnya dibeli sebagai tempat berteduh keluarga. 


3. ANDA PENJAGA KEPADA ORANG TUA ANDA

Sekiranya anda anak yang terpilih untuk menjaga mak bapa, anda perlukan sediakan sesuatu untuk
mereka sekiranya berlaku sebarang musibah. Sekurang-kurangnya boleh bantu mereka untuk meneruskan sisa kehidupan tanpa anak disisi.

4. ANDA PENIAGA ATAU USAHAWAN

Peniaga atau usahawan kebiasaannya tiada caruman KWSP / SOCSO / PERKESO. Peniaga / usahawan selalunya akan membuat simpanan sendiri. Menyimpan sendiri, waris akan ditinggalkan dengan jumlah simpanan tersebut yang sekiranya tidak dihibahkan akan diagihkan secara faraid. Dengan takaful, ada sejumlah wang hibah dan juga simpanan (terma & syarat).

5. ANDA TANGGUNG HUTANG DAN PINJAMAN

Sekiranya ada pinjaman peribadi atau kenderaan, adakah kita nak biarkan penjamin kita susah kerana kita? Atau nak biarkan keluarga yang ditinggalkan dibebani dengan pinjaman kita semasa hidup?

Jelas ke jelas? Kongsikan perkongsian ini kepada semua sekiranya ia memberi manfaat untuk anda dan pastinya ia juga akan memberi manfaat pada orang sekeliling anda. InshaAllah.

Read more>>>

Tuesday, August 6, 2019

Resepi Bihun Goreng Tomyam

Hujung minggu hari tu, dah tak ada idea nak masak apa dengan bahan yang terhad maka terjadinya bihun goreng tomyam. Hihi. Saya kan tak berapa pandai masak jadi diakui saya ni memang sejenis yang ikut resepi sebiji. Contohnya, nak buat bihun goreng biasa tapi taugeh tak ada. Saya terus jadi kacau bilau tau. Hahaha.

Lepas tu buka-buka la resepi dekat internet. Jumpa resepi bihun goreng tomyam yang rata-rata nya tak letak taugeh pun. Yeah! Suami tak perlu lah nak kena keluar pergi beli taugeh. Hehe. Tapi kan, kalau ada taugeh mesti lagi sedap. 

Macam biasa, saya kongsi disini.

Bihun Goreng Tomyam

Bahan-bahan:
5 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*
1 genggam udang kering*
* kisar
1 mangkuk kecil ayam (potong kecil)
1 batang lobak merah (potong kecil)
1 mangkuk kobis (potong kecil)
2 biji tomato (potong 8)
1 sudu besar pes tomyam
2 batang serai  (ketuk)
1 bungkus bihun (celur)

Cara-cara:
Tumis  bahan kisar serta serai sehingga naik bau
Masukan pes tomyam dan tumis sampai naik minyak
Masukkan ayam sampai ayam masak
Masukkan semua sayur lobak dan kobis. Perasakan siap dengan garam dan secukup rasa.
Sambil-sambil tu dekat kuali sebelah buat telur hancur.
Last, masukkan telur hancur dan tomato. Gaul rata. Siap!
Mudah ke mudah? Mudah sangat kan nak buat bihun goreng tomyam ni. Lagi sedap saya rasa kalau letak cili kisar sekali dan pedas sedikit. Saya tak boleh nak bagi pedas lagi sebab ada anak dua orang ni kan. Nanti tak dapat makan pula. Hehe. Nak bagi lebih naik aroma bihun goreng tomyam, letak sehelai dua daun limau purut. Saya lupa. Hihi. 

Tadaaa. Tabur bawang goreng. Dan, makan! nyums.
Inilah satu-satunya menu pada hari tu. Pakej makan tengahari sekali. Haha. Malam pula masak nasi, goreng telur garing kegemaran semua dan sardine. Pergh! Gandingan mantap di malam hari. Hihi.

Read more>>>

Monday, August 5, 2019

Susun Atur Buku di Rumah

Dulu, masa kanak-kanak saya selalu berangan akan ada mini library di rumah. Saya ada banyak rak yang penuh dengan buku. Satu sudut yang saya akan duduk bahagia membaca buku. Hihi.

Sehingga hari ini saya belum berjaya lagi merealisasikan angan-angan itu. InshaAllah suatu hari nanti di rumah sendiri. Setakat ini saya cuma ada satu rak buku dari Ikea yang belum lagi ada pintu ini. Hihi. InshaAllah, soon.


Sebenarnya, kelmarin kami mengemas rumah nak menyambut mak bapak dan adik-adik saya yang akan datang ke rumah dari Sarawak hari Sabtu nanti. Sambil itu, saya pun kemas semula almari ni dan pindahkan buku sekolah Arissa sekali ke rak ini. Sebelum ini buku-buku sekolah Arissa saya susun dalam bilik kerja kami. 

Mudah sikit nak susun di rak ini bila dah tak pakai fail sebab Arissa sendiri minta tak nak bawa fail untuk isi buku dia. Jadi, saya ikutlah sebab itu yang dia selesa. Hari ini saya sedekahkan juga semua novel saya. Kalau masih disimpan novel semua, memang tak muat nak selitkan buku Arissa. 

Lagipun saya dah tak ada masa rasanya untuk baca novel yang kebanyakannya jauh dari kehidupan sebenar. Dah tua barangkali, sebab itu dah tak begitu berminat nak baca novel. Hehe. Apa pun, seperti orang lain jua saya memang berazam untuk perbanyakkan lagi masa untuk mengaji dan baca terjemahan sekali. Doakan ya, inshaAllah.


Selain dari itu, saya juga nak luaskan bilik kerja kami ni. Sekarang, suami ada hobi baru iaitu menjahit. Jadi, meja kerja kami ni dah ada tambah satu lagi gadget selain dari dekstop / laptop dan printer iaitu mesin jahit. Huhu. Sebelum ni bakul putih yang menghimpunkan buku Arissa tu semua atas laci putih.

Alhamdulillah kemas dah kedua-dua tempat. Sedap mata memandang. Cuma tak tahu bertahannya sampai bila. Haha. Tahu je lah, anak-anak kan. Pada ketika saya berkongsi cerita ini pun da dah buku-buku yang tidak pada tempatnya saya susun. Hihi. 

Saya minat membaca. Saya bukan seorang yang bersosial sangat selain dari media sosial. Saya lebih memilih untuk duduk di bilik dan membaca buku. Dulu sama, sekarang pun sama. Cuma masa tak begitu banyak untuk aktiviti membaca. Sebab itu ada lagi buku yang plastik belum dibuka. Hihi. 

Semoga lepas ni saya dan anda semua akan ada lebih banyak masa untuk membaca atau melakukan apa sahaja aktiviti yang kita suka selagimana ia tak membuang masa dan memberi manfaat. InshaAllah.

Read more>>>

Sunday, August 4, 2019

I-Great Aman : Apa Ada Dengan Aman

Alhamdulillah, sejak 15 Julai yang lalu Great Eastern Takaful telah melancarkan satu pelan baru yang menggantikan pelan i-Great Damai dinamakan i-Great Aman. Alhamdulillah, i-Great Aman ini adalah sentanding jua dengan pelan sebelum ini. 

Sepertimana pelan sebelum ini, i-Great Aman turut menawarkan kepada anda semua; perlindungan, perubatan dan juga simpanan. Bermaksud, caruman anda adalah meliputi ketiga-tiga perkara ini sepertimana i-Great Damai yang terdahulu.

Jom sama-sama kita tengok video ini. Sepintas lalu, apa ada dengan i-Great Aman.


Saya tahu ramai yang tak begitu arif dengan term yang digunakan dalam video tersebut. Tak apa. Saya setia dan sedia menanti whatsapp dari anda semua, inshaAllah. Tanyalah sebanyak mana yang mahu. Call boleh, nak berjumpa dengan saya juga boleh, inshaAllah. 


Gambar di atas ni adalah lebih details kan. Harap ianya mudah difahami oleh anda semua. Jujur, pelan yang menggantikan pelan i-Great Damai adalah sangat mengamankan. InshaAllah.

Boleh daftarkan bayi seawal usia 30 hari dan warga emas selewatnya di usia 60 tahun. Dinasihati supaya daftar bayi seawal hari pertama dia layak, dan juga sementara masih sihat. Boleh ke boleh?

Ok, cukup setakat ini hari ini. Nak tahu lebih lanjut, dipersilakan untuk menghubungi saya. Boleh follow Facebook dan Instagram saya jua rapat-rapat. 

Read more>>>

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com