Friday, June 7, 2019

Aidilfitri 2019 | Syawal 1440H

Alhamdulillah diizinkanNya saya berpuasa penuh lagi tahun ini. Syukur Ya Allah. Ramadhan kali ini saya telah berusaha untuk buat sesuatu yang baharu untuk diri sendiri. Moga ia sebagai permulaan dan terus istiqamah. Doakan sekali ya sahabat semua.


Tahun ini giliran beraya di Perak. Sedih memang sedih sebab tak bersama dengan mak bapak dan adik-adik tetapi saya tetap meraikannya dengan penuh gembira. Saya usahakan supaya anak-anak merasai keseronokan hari raya walau berhari raya di bandar.


Alhamdulillah, Arissa juga berjaya puasa penuh tahun ni. Dengan kerelaan dia. Tanpa kami paksa. Kecuali bila dia nak berbuka 1 jam sebelum waktu berbuka. Itu memang kami paksa dia tunggu sebentar. Haha. Sayang ui sekejap je lagi kan. Kami pun tak ada sebarang janji sekiranya dia berpuasa penuh.


Bertemakan warna terang - kuning membuatkan penampakan saya yang sangat besar. Hihihi. Bukan enggan menerima hakikat tetapi berbanding dengan gambar-gambar kebiasaan saya, tidaklah sebegitu besar penampakannya. Apatah lagi berat saya turun 2 kilogram dari sebelum puasa. Haha. Sendiri pun terkejut bila tengok gambar tu sebenarnya.


Dikesempatan ini saya mewakili suami jua menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada salah dan silap saya terhadap kalian samada secara saya sedar mahupun tidak, serta secara terang-terangan atau sebaliknya yang berpunca dari kata-kata saya, tulisan saya, perbuatan saya dan juga perlakuan saya. Semoga kita terus istiqamah dengan amalan kita pada bulan Ramadhan yang lalu dan semoga Syawal kali ini mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.

InshaAllah.
Aamiin.

Assalammualaikum buat semua yang singgah disini.
Semoga kalian dapat sesuatu yang baik.
Yang baik datangnya daripada Allah,
Yang buruk dari saya sendiri.
♡ Yatie ♡

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com