Monday, May 13, 2019

Resepi Kari Ayam

Salam 8 Ramadhan semua. Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik untuk berpuasa. Arissa juga tak ada bunyi langsung dah nak berbuka. Termasuklah puasa di hujung minggu. Biasalah hari pertama hari tu kan. Baru nak membiasakan diri berpuasa. Hehe.

Ramadhan ke-4, saya masak kari ayam. Pada mulanya nak masak sup ayam tapi yang bergelar emak kan. Bila dengar anak kata nak makan kari, serta merta tukar menu. Balik kerja, google sana sini sekejap. Lepas tu, terus masakkan kari ayam. Iye, google. Sebab saya ni tak terror mana memasak. Haha. Ambil tips sana. Ambil tips sini. Jadi lah. Hehe.

Makanya, saya kongsikan juga disini. Lain kali mudah; rujuk sahaja blog sendiri. Tak gitu?

Bahan-bahan:
1 biji bawang merah besar (hiris)
6 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
2 tangkai daun kari
Rempah 4 Sekawan
1 pek kecil kari daging
1 kotak santan kotak
3 biji kentang (belah 4)
8 hiris potongan ayam

Cara-caranya:

1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia yang telah dihiris bersama dengan rempah 4 sekawan sehingga naik  bau dan layu.


2. Kemudian, masukkan kari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan daun kari. Tumis sehingga pecah minyak. Kalau nak pedas sikit, boleh tambah cili kisar.


3. Kemudian, masukkan ayam. Gaul rata. Biarkan sebentar hingga ayam mengecut.


5. Lepas tu, masukkan kentang dan gaul rata.


6. Kemudian, masukkan air agak-agak sama paras dengan ayam dan kentang. Biarkan sehingga mendidih dan kentang empuk. 


7. Bila kentang dah empuk, masukkan santan dan asam keping. Perasakan dengan garam serta gula.


8. Biarkan kari dengan api sederhana sehingga naik minyak. Kemudian, siap! Oh ye, sepanjang masak ni guna api sederhana je ye. 


Kari pekat macam ni sesuai sangat kalau nak buat cicah kuih jala atau roti gardenia. Kan? Hihi. Apa yang penting bagi saya pada hari itu ialah Arissa makan dengan berselera. Alhamdulillah.

Nasi putih panas. Kari ayam. Ada ulaman sedikit atau sayur campur. Sambal belacan. Allahuakbar, sedapnya. Hihi. Semlamat mencuba ya kawan - kawan. Hari ini saya nak masak ayam goreng crispy resepi dari instagram @khairulaming. Hehe.

Assalammualaikum buat semua yang singgah disini.
Semoga kalian dapat sesuatu yang baik.
Yang baik datangnya daripada Allah,
Yang buruk dari saya sendiri.
♡ Yatie ♡

1 comment:

  1. yang 4 sekawan tu biasa umi saya panggil 4 serangkai hahaha. btw, fuhlamak pekatnya kuah kari ayam kak yatie! mantop! kalau cicah dengan cucur ikan bilis or lempeng pun sodap ni hehehe

    ReplyDelete

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com