Wednesday, May 22, 2019

Maksud Hibah

Kalau dulu mungkin ramai yang tak tahu tentang hibah. Difahami zaman kini semua maklumat adalah di hujung jari. Atas sebab itu, ramai yang dah ada kesedaran akan kepentingan hibah ini sebagai persediaan akan datang. Sebagai salah seorang penasihat takaful, saya rasa turut bertanggungjawab untuk berkongsi sedikit secara ringkas tentang hibah. Bismillahirrahmanirrahim.


Apakah itu hibah?

Dari segi bahasapemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat. 
Dari segi syarak - suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).

Hukum hibah.

Amalan sunat dan digalakkan dalam Islam terutamanya kepada keluarga terdekat.

Surah al - Nisa'; Ayat 4: “Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.”

Surah al - Baqarah; Ayat 177: “... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orangorang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang memintaminta dan (memerdekakan) hamba sahaya.”

Hadis Rasulullah SAW, Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: “Nabi SAW menerima dan membalas hadiah.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Rukun hibah.

Pemberi hibah (al-Wahib); sempurna akal, baligh dan rusyd. Pemilik harta yang hendak dihibahkan kepada yang dikehendakinya.

Penerima hibah (al-Mawhub lahu); mesti mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya bukan mukallaf seperti belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah.

Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub); hendaklah barang atau harta yang halal serta bernilai di sisi syarak.

Sighah iaitu ijab dan kabul; lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah.

Sumber: www.mais.gov.my dan www.maybank2u.com.my

Alhamdulillah, sehingga disini dahulu perkongsian saya hari ini. Semoga mendapat manfaat dan sekiranya ada sebarang persoalan yang berkaitan, anda dipersilakan untuk menghubungi saya. InshaAllah, saya akan bantu anda sebaiknya.

Assalammualaikum buat semua yang singgah disini.
Semoga kalian dapat sesuatu yang baik.
Yang baik datangnya daripada Allah,
Yang buruk dari saya sendiri.
♡ Yatie ♡

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com