Tuesday, May 21, 2019

Arissa Nak Buat Kelas Al Quran

16 Mei lepas, masa balik dari sekolah seperti biasa Arissa akan cerita macam-macam. Dan ceritanya pada hari itu agak mengejutkan saya. Hihi.


"Mak, saya buat kelas Al Quran. Untuk kawan² saya. Untuk muslimah."

Terkejut saya yang baru sahaja masuk kereta. Dah masuk kunci tak start enjin, berdebar-debar tekan pedal minyak tak bergerak-gerak. Haha. Kelakar dengan keletah diri sendiri. Dah bergerak barulah saya tanya lanjut.
.
Mak: Siapa suruh buat?
NAB: Saya sendiri.
Mak: Uik. Kenapa nak buat?
NAB: Ermm. Hati saya nak buat.
Mak: Oh yeke. Kelas Al Quran tu macam mana?
NAB: Saya ceritakan tentang surah².
Mak: Ooo. Tahu ke awak? Betul ke cerita surah tu? Tak salah ke? (Risaunya, haha).
NAB: Ermm. InshaAllah. Mak niiii.
Mak: Mak tanya je. (Cuak, haha.) Kelas tu buat kat mana?
NAB: Kat bawah tangga. Kat tempat saya selalu duduk tu.
Mak: Ooo. (Saya masa ni tak tau nak tanya apa dah. Kelakar ada. Cuak ada. Cuak sebab apa laaa yang dia ceritakan pada muslimah tu. Haha.)
NAB: Ramai kawan² saya daftar kelas Al Quran ni. Tengok ni. (Dia tunjuk sehelai kertas tajuk PENDAFTARAN dan ada belas² nama muslimah ye situ, haha.)
Mak: Huish, siap ada senarai nama. Ramainya kakak. (Gelak dalam hati.)
NAB: Aah mestilah ramai. Sebab mereka nak tahu. Ala macam orang ceramah tu. Macam tu la.
Mak: Ooooo.

Allahhuakbar. Niat Arissa baik. Baik sangat. Masa mula Arissa cakap kelas Al Quran tu saya ingatkan sekadar nak ajar Iqra' Buku 1. Haha. Ini rupanya dah macam nak terjemah surah. Risau, salah apa yang disampaikan. Walaupun, kita ni faham la dia baru Tahun 1. Tapi, hajat Arissa ni besar sangat untuk seorang anak yang berusia baru sahaja 7 tahun.

Bila ayahnya tanya bila kelas tu, confident jawab; pukul 4 sehingga 4.20 petang, Isnin hingga Khamis. Dan bila ayahnya cakap kena bayar duit dia jawab, "ayah ni.. ingat semua yang kita buat dekat dunia ni atas sebab duit ke?" Hihi. Terkena sebiji.

Pada awalnya saya rasa nak halang terus Arissa bercita-cita buat kelas tapi bila share di Facebook, ramai kawan-kawan cadang supaya saya terus menyokong, membimbing makanya inshaAllah saya akan bantu Arissa. Cuma pada peringkat awal ni saya perlu tanamkan dalam diri Arissa supaya tidak kecewa sekiranya tiada siapa yang nak turut serta kelas itu.

Apatah lagi keesokan harinya Arissa kata ada nama yang dah 'slash' tak mahu teruskan. Katanya lagi, "saya rasa ramai yang tak bersungguh nak ikut kelas Al Quran ni". Untuk usia Arissa saya cuma menasihati supaya jangan paksa kawan-kawan yang tak nak join kelas. Arissa hanya perlu bercerita kepada orang yang mendengar cerita. Jangan paksa sebab nanti orang tak suka.

Setakat ini, Arissa faham apa yang saya sampaikan. Moga-moga Arissa benar faham. Sekarang Arissa banyak juga membaca ayat Al Quran serta terjemahan, baca buku kisah Nabi dan tengok Jejak Rasul Ulul Azmi di TV3. Semoga apa yang disampaikan walau dengan apa jua cara dan kepada siapa pun, adalah yang betul dan memberi manfaat.

Kebaikannya disini, saya dan suami juga perlu menambah ilmu supaya tidak lah 'errrrrr' bila ditanya oleh si anak. Hehe. Sebenarnya, dah banyak juga 'errrr' bila berdepan dengan Arissa yang membesar dan tak lama lagi double 'errrr' dengan soalan Aflah pula.

Semoga Arissa dan Aflah menjadi anak solehah. Allahhummaamiin.

Assalammualaikum buat semua yang singgah disini.
Semoga kalian dapat sesuatu yang baik.
Yang baik datangnya daripada Allah,
Yang buruk dari saya sendiri.
♡ Yatie ♡

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com