Tuesday, March 26, 2019

Bismillahirrahmanirrahim

Saya mulakan penulisan disini dengan lafaz Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Semoga penulisan saya memberi manfaat kepada orang lain suatu hari nanti dan seterusnya menjadi bekalan amal saya untuk di akhirat sana. 

Niat saya, akan saya kongsikan bersama setiap bait ilmu Allah serta pengalaman yang diterima dari perjalanan kehidupan sehari-hari disini. Melihat segala hikmah dalam setiap kejadian; baik, buruk, pujian mahupun ujian. 

Semoga saya istiqamah kali ini. Saya mahukan keseronokan menulis dahulu kembali. Moga sentiasa ada kesempatan waktunya. Moga kembali jua kemahiran menulis dengan bait-bait indah yang bila sahaja dibaca ia boleh meresap ke dalam jiwa. Dengan izinNya, Aamiin.

Assalammualaikum buat semua yang tiba-tiba singgah disini.

Semoga kalian dapat sesuatu yang baik.

Yang baik datangnya daripada Allah,

Yang buruk dari saya sendiri. 

♥ Yatie ♥
Read more>>>

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com