Monday, December 16, 2019

Akibat Bertangguh Nak Sign Up Takaful

Iktibar yang akan dikongsikan disini bukan rekaan. Perkara ini sebenarnya banyak berlaku di kalangan kita. Dan ada ramai yang bertangguh untuk daftar takaful walaupun dah tahu akan kepentingan takaful tersebut.


Ramai yang bertangguh untuk daftar takaful atas sebab / alasan masing-masing. Saya sendiri salah seorang yang pernah memberi alasan untuk menangguhkan masa mencarum takaful. Faktanya saya pernah surender polisi yang dah berusia lebih 2 tahun atas sebab yang dirasakan munasabah tapi alasan sebenarnya. Huhu.

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nikmat kesihatan. Saya sign up takaful semula tahun lepas dan semoga masih terus dipinjamkan nikmat kesihatan ini sehingga tamat 'waiting period'. Cuma daripada elok-elok bayar RM150, saya kena bayar RM200. Sebab apa? Sebab caruman meningkat seiring dengan usia kita. Huhu. 

Nilai caruman adalah bergantung kepada jantina, status merokok dan juga umur. DAN JUGA status kesihatan samada layak dengan caruman biasa, atau layak dengan caruman lebih sikit, atau layak dengan pengecualian sakit sedia ada atau tak layak langsung seperti situasi di atas.

Kawan. Sign up takaful semasa masih sihat. Bukan sign up bila dah tak sihat. Bukan. Sebab itu kalau perasan ejen takaful semua memang selalu cakap, "SIGN UP SEKARANG. MASA TENGAH SIHAT."

Saya ingat lagi senior pernah cakap. Masa mereka di hospital, ramai sangat pesakit yang datang menghampiri mengharapkan boleh carum takaful dan tak kisah berapa pun kena bayar sebulan mereka sanggup. Namun, tak ada seorang ejen yang boleh membantu.

Anyway, jangan lama sangat bertangguh ya. Saya tak mahu anda menyesal. Dan saya juga akan rasa kesal sebab tak upaya ajak anda untuk mencarum takaful.

Tolong ya. Sign up takaful hari ini. Tak kisahlah dengan siapa pun yang anda mahu. But please, do it now before it's too late.

Read more>>>

Buku 365 Panduan Aktiviti Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)

Buku 365 Panduan Aktiviti Pendidkan Awal Kanak-Kanak | “Ramai guru yang mengadu pening nak buat RPH hari-hari. Banyak benda yang nak kena buat. Nak kena cari idea la nak kena tulis lagi dan macam-macam lagi. lepas tu yang stress lagi bila aktiviti yang di buat kadang kadang langsung tak dapat perhatian anak murid. Dia orang cakap tak seronok lah, susah lah, tak paham dan macam-macam lagi”.

"Ramai ibubapa yang berminat untuk mengajar sendiri anak anak kecil di rumah tapi tercari cari apa yang nak di ajar dan bagaimana nak mengajar anak anak mengikut silibus yang betul".

Saya rasa anda tak perlu susah hati lagi kerana buku PAKK dari Dr. Mahani ini sangat membantu para guru dan ibu bapa untuk mengajar anak-anak kecil kita yang bijak pandai semuanya. Testimoni Buku Panduan Aktiviti Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini boleh memberi gambaran kepada anda semua akan manfaat buku ini kepada pembeli.


MEMBERI TUNJUK AJAR DAN GUIDELINES KEPADA GURU2 TADIKA

SETIAP HARI AKAN ADA AKTIVITI SAYA BUAT DENGAN ANAK

BAGUS DIJADIKAN PANDUAN UNTUK CIKGU2 YANG BELUM ADA PENGALAMAN

ISI KANDUNGAN YANG SANGAT MENARIK

Macam mana? Ada yang dah tertarik dengan testimoni yang menarik itu? Hehe. Saya yang menaip testimoni ini pun terasa akan keterujaan pemberi testimoni. Saya kongsikan beberapa helaian ya.






Kenapa digalakkan untuk mendapatkan buku 365 Panduan Aktiviti Pendidikan Awal Kanak-kanak oleh Dr. Mahani Razali?

✅ Langkah demi langkah untuk mengajar kanak-kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun dengan secara lengkap dan komprehensif.

✅Merangkumi tunjang mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang Fizikal dan Estetika, Tunjang Kemanusiaan, Tunjang Keterampilan Diri

✅ Mengandungi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Awal Matematik, Awal Sains, seni dan kreativiti, kemanusiaan dan ketrampilan diri serta elemen sivik

✅ Sesuai digunakan oleh ibu ayah untuk mengajar anak-anak dirumah kerana panduan yang sangat lengkap, langkah demi langkah dan bergambar.

✅ Sesuai digunakan oleh usahawan yang bercadang untuk membuka kelas atau pusat tuisyen untuk kanak-kanak prasekolah kerana modul yang sangat lengkap dan komprehensif.

✅ Sesuai digunakan oleh pengetua tadika, guru-guru tadika yang memerlukan panduan yang lengkap untuk membuat aktiviti bersama pelajar.


Bagaimana? Nak sample e-book ini? Boleh whatsapp saya terus ok. Saya akan bagi sample buku 365 ini secara PERCUMA. Harga? Haaaa. Sekarang masih lagi ditawarkan dengan harga pre-order iaitu RM10 lebih murah dari harga biasa. Dapatkan sekarang!


Facebook Page: Projek Niaga Bookstore
Whatsapp: 0111 0280 205

Read more>>>

Renungan Slot Kak Ad [1]


Bismillahirrahmanirrahim. 

Adakalanya sesuatu yang kita inginkan itu, 
Tidak membawa sebarang bahagia dan manfaat.

Jangan kerana ianya sesuatu yang kita ingini,
Kita terus menerimanya tanpa sebarang usul periksa.

Adakalanya sesuatu yang tidak kita ingini itu,
Membawa bahagia dan manfaat.

Jangan kerana ianya sesuatu yang kita tidak ingini,
Kita terus menolaknya ketepi tanpa sebarang usul periksa

Secebis renungan buat saya dan kita semua setelah minta izin dari Kak Ad.

Read more>>>

Sunday, December 15, 2019

Big Bad Wolf KL 2019

Tahun 2019, sebenarnya saya tak merancang ke BBW sebab ada beberapa buah buku dari BBW yang lepas² belum lagi dirasmikan walaupun ada juga teringinnya bila tengok post lalu lalang. Haha. Tapi, kami cakap rezeki anak² hari ini.


Aktiviti hari ni nak ke Taman Tasik lagi beriadah. Kami keluar dari rumah dalam 6.50 pagi begitu. Sampai je bawah, hujan. 5 minit gerak, hujan lagi lebat tapi gerimis. Huhu. Blur juga suami isteri, nak ke mana bawa anak-anak awal begitu kan. Tapi, mom is always mom. Haha. Ting!!! BBW je confirm buka sebab 24 jam kan. 


Sampai MIECC, Arissa nampak je perkataan 'wolf' dia dah teruja. Seronok sungguh gayanya. Haha. Aflah pula belum tahu lagi ke mana sebenarnya arah tuju. Kenapa kakak seronok sangat. Tapi bila dah masuk je dewan buku. Aflah yang macam hilang arah. Semua dia nak. Rambang mata. Haha.


Berjaya mengatasi nafsu. Board books untuk Arissa yang boleh diwariskan pada adik nanti InshaAllah. Board books untuk adik latih menulis. 4 buku latihan untuk kedua²nya dan serta buku / aktiviti hiburan setiap seorang 2 item. Mak sendiri pun berjaya tahan nafsu ambil satu buku sahaja. Jumlah tambahan ilmu (InshaAllah): RM 178.


Aflah yang paling tak sabar nak balik rumah sebaik sahaja dapat puzzle. Sebelum puzzle ini, dia dah silih berganti dari buku warna Didi & Friends, lepas tu puzzle Omar & Hana dan kemudian buku aktiviti Hello Kitty. Haha. Akhirnya, puzzle Poney ini yang berjaya menambat hati.


Ini buku bacaan untuk saya dan suami. Tertarik sebab ia mengupas dari beberapa sudut. Bermula dari emosi, penyakit, ekzema, rawatan alami, suplemen, pemakanan dan gaya hidup dan banyak lagi. InshaAllah suatu hari nanti saya kongsikan disini juga apa yang telah dibaca. InshaAllah.



Selit video anak-anak yang tengah semangat dengan buku / barang baru. Biasalah tu kan. 2 3 4 hari nanti dah mula bersepah jenuh mak ayah simpan kan. Huhu. Sebenarnya, ini juga salah satu 'reward' untuk anak-anak hasil dari usaha dan penat lelah mereka belajar. Nak bagi lebih tak mampu. Hehe.

Esok last BBWKL2019. Till we meet again next year! Ehh? Hehe. InshaAllah.

Read more>>>

Wednesday, December 11, 2019

Promosi Hibah Murah - i Great Harapan

Dah hampir ke penamat. Promosi hibah takaful murah; i Great Harapan dari Great Eastern Takaful bakal berakhir 31 Disember ini. Sekadar untuk catatan, promosi ini telah bermula sejak bulan September yang lalu. Alhamdulillah, ramai yang tidak lepaskan peluang untuk buat hibah takaful yang murah ini.

Pada bulan September dan Oktober yang lalu, jumlah hibah takaful minima ialah RM100K. Bagi para wanita dan lelaki yang seusia saya sert suami dan tidak merokok, caruman hanya RM21 dan RM23 masing-masing untuk jumlah hibah RM100K tersebut. 

Walaupun caruman ini akan naik mengikut range usia, namun kenaikan tersebut tidak begitu tinggi terutamanya bagi yang tidak merokok. Range umur ialah 5 tahun, seperti 1 - 5, 6 - 10 dan seterusnya.

Bermula bulan November, jumlah hibah takaful minima ialah RM200K. Hibah boleh dibuat sehingga berjumlah RM500K. Bagaimana hibah takaful berfungsi dan bila ia digunakan, saya harap kalian yang singgah disini tahu. Jika kurang tahu atau mungkin tak pernah tahu, saya sedia membantu.

 

Saya sertakan jadual caruman hibah takaful RM200K disini sebagai rujukan. Syarat untuk daftar bagi pelan i-Great Harapan ini ialah SIHAT. Ya, SIHAT. Tak ada sebarang penyakit, tak masuk hospital dalam tempoh 2 tahun sebelum daftar.


Lega tak kalau kita boleh pesan pada anak-anak seperti dialog di atas? Tanya diri, lega kan? Duit memang bukan segala-galanya tetapi kehidupan sekarang sememangnya memerlukan duit. Setidak-tidaknya duit tersebut boleh selesaikan hutang yang tertunggak jadi anak-anak tak perlu tambah lagi sedih setelah kehilangan kita dan dibebani pula dengan hutang.

Hibah. Ia bukan hanya untuk anak sahaja. Kita boleh hibahkan kepada siapa-siapa yang kita mahu.

  • Suami hibah kepada isteri dan anak-anak.
  • Isteri hibah kepada suami dan anak-anak.
  • Suami isteri hibah kepada anak-anak.
  • Anak hibah kepada mak ayah. 
Ada juga yang buat hibah untuk penjamin pinjaman tau. Haaa. Itu ciri-ciri orang yang bertanggungjawab. Dia berfikir kalau sekiranya apa-apa berlaku, penjamin boleh guna duit yang dihibahkan tersebut untuk selesaikan semuanya.

Ok lah, jumpa lagi di entri yang kemudian. InshaAllah.

Read more>>>

Monday, December 2, 2019

Resepi Udang Goreng Kunyit

Walaupun saya masak sekali sehari je di hari bekerja, tapi idea nak masak apa itu memang seringkali ke laut dalam. Saya rasa ini ‘masalah’ yang ramai para isteri alami. Kan? Hehe.

Untuk makan malam, saya akan masak yang ringkas sahaja. Selalunya satu lauk sahaja macam masakan goreng kunyit atau ikan goreng dengan sayur atau telur mata sahaja. Hihihi. Uish, lauk telur memang lauk ‘emas’ sebenarnya. Hehe.

Hari ini saya nak share masak udang goreng kunyit. Saya suka lebih kuah / lebih minyak. Huhu. Tak sihat betul kesukaan saya tu kan. Hihi. Mudahnya masakan masak kunyit ni ialah kita boleh letak sebanyak mana sayur nak disekalikan. 


Bahan-bahan:
Udang
Lobak merah
Kacang panjang/buncis
Cili padi (ketuk)
Cili merah (hiris)
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, dan goreng udang yang telah digaul dengan tepung kunyit hingga separa masak. Angkat dan asingkan dahulu.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga layu.
3. Masukkan sayur-sayuran bersama garam dan secukup rasa hingga sayur masa.
4. Kemudian, masukkan semula udang. Gaul rata. Biarkan sekejap. Dan, siap!

Saya memang suka menu ringkas begini. Saya akan jadi lebih selera makan nasi bila makan lauk kering. Hihi. Orang kata, tak ada kuah pun boleh hidup lah. Haha. Gaul je nasi dengan minyak. Enak! Tambah lemak. Haha.
Read more>>>

Tuesday, October 22, 2019

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi

Dah alang-alang ke Sungai Besar, kami singgah juga ke Pasar Awam Pasir Penambang. Satu jalan kan, dan suami pun nak singgah. Penting suami nak singgah tu sebab beliau yang drive. Hehe. Alhamdulillah ada juga hasilnya sebab sebelum ni pernah pergi tapi tak berhasil.

Masa dalam perjalanan nak ke Orang-Orang Cafe tu saya siap DM kawan lokasi dia selalu beli barang basah. Nasib baik betul Laila orangnya. Hihi. Laila kata dia ke Pasar Pasir Penambang. Ikan murah dan siap boleh siang serta bagi ais untuk mudahkan kita simpan ikan dalam ice box. Teruja saya sebab ikan kembung kecil boleh siang. Hihi. Cuma balik rumah saya potong sikit lah dekat perut dan buang mulut ikan. Hehe.

Atas sebab itu lah saya masak ketam. Alhamdulillah, ketam fresh! Hehe. Sebelum ni pernah beli kat KL ni, tapi dapat yang sangat tak fresh. Sedih betul. Harga mahal seekor. Lama dah tak ingat bila. Sejak itu kami tak beli pun ketam kat sini.


Panjang intro saya kan. Haha. Kata nak kongsi resepi. Hihi. Pada mulanya nak guna resepi Azie Kitchen yang tak guna bawang semua tu tapi suami saya kata macam pelik je kalau tak guna bawang tak letak serai. Jadi, katanya ‘ikut cara biasa kita lah’. Haha. 

Bahan-bahan:
Bawang Ros 5 biji*
Bawang Putih 4 ulas*
Cili Padi 15 batang*
*blend dengan 1/2 kotak santan kurang lemak
Serai 1 batang
Santan Kotak Kurang Lemak 1
Santan Kotak Biasa 1
Asam Keping
Daun Kunyit
Air
Garam
Secukup Rasa

Cara-Cara:
1. Tumis bahan yang telah dikisar bersama serai hingga naik bau dan layu
2. Masukkan semua santan dan biarkan mendidih
3. Masukkan ketam, asam keping dan daun kunyit
4. Kemudian masukkan garam, secukup rasa dan juga air (ikut kepekatan yang kita mahu)
5. Siap!

Senang je sebenarnya masak lemak ni. Hehe. Tapi, tak boleh amalkan selalu sebab saya kalau masak lemak, tak nak cair. Haha. Aduh! Cukup lemak, cukup pedas. Umph! Hehe. Kuah ketam pula, akan auto ada manis-manisnya. Gitu. Aflah pun suka kuah masak lemak. Nak kuah kuning katanya.

Entah bila lagi nak masak ketam ni. Haha. Anyway, kitorang kalau kat Sarawak biasa rebus macam tu je. Kampung tepi laut kan. Kadang-kadang, bapak bawa balik ketam masih gerak-gerak gitu. Haha. Sejak kahwin dengan suami, barulah kami ada masak menu masak lemak kat Sarawak sana.

Bila makan ketam pula saya biasanya tak akan lalu makan nasi. Sebab apa? Sebab concentrate nak makan ketam tu. Haha. Suami kata, “huish, hari ni lambat dari budak-budak kita makan”. Haha. Alhamdulillah.

Read more>>>

Sunday, October 20, 2019

Makan Belangkas di Orang-Orang Cafe


Tadi, kami meredah ratusan kilometer menuju Sungai Besar nak makan belangkas. Saya kalau bab makan memang gigih. Haha. Haish! Alangkah bagusnya kalau usaha nak kurus pun begitu kan? Hehe. 



Kami sampai dalam jam 1 petang. Saya dah booking menu dah seperti yang diminta. Cuma, mungkin booking menu itu adalah untuk reserve belangkas sahaja sebab kami tunggu dalam setengah jam barulah menu di atas sampai. Nasi goreng kampung dan pataya tak pedas untuk anak². 


5 minit selepas itu barulah menu² yang dinanti-nantikan tiba. Haha. Dramatik sangat kan. Yang pertama sampai, Bunga Teratai Tempura. First time makan bunga teratai. Haha. Sedap! Jujurnya, tak boleh nak gambarkan macam mana rasa bunga tu sebab dah goreng dengan tepung kan. Rasa macam makan kerepek.



Ini menu istimewa, sotong Sumbat Telur Belangkas. Saya request 200gram. Yang ini rasanya biasa-biasa je bagi saya. Special sebab sotong ni disumbat dengan telur belangkas kan. Hehe. Tapi telurnya macam hancur. Huhu. Tak rasa sangat lah telur belangkas nya.


Belangkas Masak Lemak Cili Padi. Ini request suami. Pun biasa-biasa juga masak lemaknya. Cili padi nama menunya, tapi tak pedas sangat. Tak berapa pekat. Sayang betul. 



Last but not least. Signature cafe ni - Belangkas Bakar Cicah Asam. Yeay alhamdulillah merasa juga. Haha. Tetapi, atas sebab kami bukanlah kali pertama makan belangkas makanya menu bakar ni agak kurang menyelerakan bagi kami. Telur pun jadi keras sikit sebab bakar kot. Then, terasa lah memang kena bakar belangkas tu. Haha. Maksud saya, ada rasa asap dan pahit sikit. Tak tahu macam mana nak cakap. Hehe.

Overall, makanan ok. Siapa yang belum pernah makan belangkas, bolehlah ke sini nak mencuba. Ada pilihan jenis masakan lain selain dari yang kami makan macam sambal dan pedas. Ada juga menu pilihan lain macam masakan panas, shell out dan juga western. View sawah padi. Ada disediakan tandas dan surau juga.

Kos untuk 1 ekor belangkas bakar, 1/2 ekor masak lemak cili padi, 1 ekor sotong sumbat telur belangkas, 1 piring teratai tempura, 1 nasi goreng kampung, 1 nasi goreng pataya, 3 nasi putih dan 1 jug air sirap ialah RM120.

Namun begitu, ada beberapa yang saya rasa perlu ditambah baik dan diperbaiki. 

Pertama, kalau boleh dan perlu bagi yang dah diminta booking tu bolehlah minta deposit supaya boleh masak lebih awal mengikut masa yang dijanjikan. Sebab dalam form tempahan ada anggaran masa pelanggan nak datang. 
Kedua, kebersihan kedai seperti kipas dan juga peralatan seperti jug, gelas dan juga sudu. 
Ketiga, tolong jangan biarkan kucing mengganggu pelanggan makan. Kucing sampai naik, duduk atas meja kat sebelah kita makan. Huhu. 
Keempat, surau dah disediakan tetapi saya tanya surau dan pergi ke surau tu, pekerja tu tak tolong tutup pun tingkap yang terbuka luas. Tingkap bukan tingkap rumah ye. Lain, yang surely saya tak berani lah tutup sendiri. 
Kelima, toilet dah disediakan tapi hos tak cukup panjang. Hoho. Sebab bawa anak ke tandas, agak sukar sedikit. Huhu.
Keenam, boleh rasanya tambah kipas lagi sebab panas kan. Tahu kat sawah panas tapi boleh kot kan tambah untuk keselesaan pelanggan. 

Saya bukan berniat nak demand. Tak. Tak. Ini adalah pandangan dan cadangan saya dari segi persekitaran. Common kata orang kan. Sebab cafe ni ada masuk JJCM. Lepas tu dalam instagram saya tengok ada kerabat diraja datang makan. Jadi, cafe ni walaupun jauh dekat sawah tapi dah kategori bukan beshe beshe. Harapnya boleh kekalkan mana yang dah baik, perbaiki yang kurang dan tambah baik. 

Alhamdulillah. Tercapai juga hajat nak makan kat sini setelah sekian lama teringin. Kalau kat Sarawak, kitorang memang rebus je. Hehe. Itupun sebenarnya dah cukup sedap. Di Johor dulu pernah makan yang masak sambal. Jadi, nak cuba cara masakan yang lain pula. Nak masak sendiri, rebus je tahu. Hahaha.

Ok lah. Till we meet again dalam post lain.

Read more>>>

Friday, September 27, 2019

Kita Hanya Merancang

Saban tahun, azam nak update blog setiap hari terkandas. Haha. Kebiasaannya bila tengah sibuk, saya akan ada banyak perkara yang nak dikongsikan. Tetapi, bila dah habis waktu sibuk saya akan ketandusan idea. Huhu. Besar juga cabaran nak menulis blog. 

Hari ini, banyak perkara yang saya fikirkan. Macam flash back. Tentang apa yang pernah dihajatkan, diimpikan dan dirancang dalam kehidupan. Yang sebenarnya bila diingat, banyak perkara yang berlaku adalah di luar jangkan, perancangan dan malah tak pernah langsung difikirkan. Dan, saya gembira dengan semuanya. InshaAllah.


Apa jua yang berlaku dalam hidup adalah atas izinNya jua. Allah tak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang dia tak berupaya dengannya. Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan ini pasti ada hikmahnya walau ia pahit sekalipun. Kita sebagai manusia yang wajib percaya dan menyerahkan sepenuh kebergantungan ke atas Allah SWT.

Jangan kita berputus asa dengan rahmat Allah. Bersangka baik pada Nya. Mensyukuri segala nikmat Nya. Dan teruslah berdoa. Moga Allah perkenan dan makbulkan. Jika bukan sekarang mungkin di masa hadapan. Jika bukan seperti yang dimahukan, pasti Dia akan beri yang lebih baik.

InshaAllah.

Read more>>>

Thursday, August 8, 2019

Kenapa Anda Perlukan Takaful?

Sebelum kita baca lagi banyak tentang topik kenapa perlunya takaful ini, saya nak jelaskan sedikit tentang ‘term’ yang digunakan dalam entri ini. Tujuannya adalah untuk elak sebarang kekeliruan. 

Saya tahu, ramai yang sinonim dengan perkataan takaful. Yelah, awal dahulu hanya ada insurans. Great Eastern Takaful dilancarkan pada tahun 2010. Apa pun, kedua-duanya adalah bertujuan yang sama iaitu untuk perlindungan anda semua. Yang berbeza ialah, takaful adalah mengikut sistem Islam. Lain kali saya akan kongsikan ya perbezaan takaful dan insurans.

Jadi, untuk gambar di bawah nanti sila fahami bahawa insurans sama dengan TAKAFUL manakala pampasan sama dengan HIBAH. Kenapa perlukan insurans hayat adalah sama dengan KENAPA ANDA PERLUKAN TAKAFUL. Boleh ke boleh?

Saya kongsikan disini jua apa yang telah dikongsikan di iBanding. Dengan rendah hati saya mohon supaya menganalisa diri semasa membaca faktor-faktor yang dikongsikan ini dan fikir masak-masak. Tanya diri, “ADAKAH AKU PERLUKAN TAKAFUL?”


1. ANDA PEMBERI NAFKAH

Apakah yang berlaku jika ‘sumber pendapatan’ utama keluarga telah tiada? Atau apakah yang berlaku jika salah satu ‘sumber pendapatan’ keluarga tiada? Mampukah pasangan yang ditinggalkan nak selesaikan apa yang telah ditinggalkan dan meneruskan kehidupan. 

2. ANDA MEMILIKI PINJAMAN RUMAH

Mampukah yang ditinggalkan nak meneruskan bayaran rumah? Jika tidak, boleh bayangkan keluarga terpaksa keluar dari rumah yang pada asalnya dibeli sebagai tempat berteduh keluarga. 


3. ANDA PENJAGA KEPADA ORANG TUA ANDA

Sekiranya anda anak yang terpilih untuk menjaga mak bapa, anda perlukan sediakan sesuatu untuk
mereka sekiranya berlaku sebarang musibah. Sekurang-kurangnya boleh bantu mereka untuk meneruskan sisa kehidupan tanpa anak disisi.

4. ANDA PENIAGA ATAU USAHAWAN

Peniaga atau usahawan kebiasaannya tiada caruman KWSP / SOCSO / PERKESO. Peniaga / usahawan selalunya akan membuat simpanan sendiri. Menyimpan sendiri, waris akan ditinggalkan dengan jumlah simpanan tersebut yang sekiranya tidak dihibahkan akan diagihkan secara faraid. Dengan takaful, ada sejumlah wang hibah dan juga simpanan (terma & syarat).

5. ANDA TANGGUNG HUTANG DAN PINJAMAN

Sekiranya ada pinjaman peribadi atau kenderaan, adakah kita nak biarkan penjamin kita susah kerana kita? Atau nak biarkan keluarga yang ditinggalkan dibebani dengan pinjaman kita semasa hidup?

Jelas ke jelas? Kongsikan perkongsian ini kepada semua sekiranya ia memberi manfaat untuk anda dan pastinya ia juga akan memberi manfaat pada orang sekeliling anda. InshaAllah.

Read more>>>

Tuesday, August 6, 2019

Resepi Bihun Goreng Tomyam

Hujung minggu hari tu, dah tak ada idea nak masak apa dengan bahan yang terhad maka terjadinya bihun goreng tomyam. Hihi. Saya kan tak berapa pandai masak jadi diakui saya ni memang sejenis yang ikut resepi sebiji. Contohnya, nak buat bihun goreng biasa tapi taugeh tak ada. Saya terus jadi kacau bilau tau. Hahaha.

Lepas tu buka-buka la resepi dekat internet. Jumpa resepi bihun goreng tomyam yang rata-rata nya tak letak taugeh pun. Yeah! Suami tak perlu lah nak kena keluar pergi beli taugeh. Hehe. Tapi kan, kalau ada taugeh mesti lagi sedap. 

Macam biasa, saya kongsi disini.

Bihun Goreng Tomyam

Bahan-bahan:
5 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*
1 genggam udang kering*
* kisar
1 mangkuk kecil ayam (potong kecil)
1 batang lobak merah (potong kecil)
1 mangkuk kobis (potong kecil)
2 biji tomato (potong 8)
1 sudu besar pes tomyam
2 batang serai  (ketuk)
1 bungkus bihun (celur)

Cara-cara:
Tumis  bahan kisar serta serai sehingga naik bau
Masukan pes tomyam dan tumis sampai naik minyak
Masukkan ayam sampai ayam masak
Masukkan semua sayur lobak dan kobis. Perasakan siap dengan garam dan secukup rasa.
Sambil-sambil tu dekat kuali sebelah buat telur hancur.
Last, masukkan telur hancur dan tomato. Gaul rata. Siap!
Mudah ke mudah? Mudah sangat kan nak buat bihun goreng tomyam ni. Lagi sedap saya rasa kalau letak cili kisar sekali dan pedas sedikit. Saya tak boleh nak bagi pedas lagi sebab ada anak dua orang ni kan. Nanti tak dapat makan pula. Hehe. Nak bagi lebih naik aroma bihun goreng tomyam, letak sehelai dua daun limau purut. Saya lupa. Hihi. 

Tadaaa. Tabur bawang goreng. Dan, makan! nyums.
Inilah satu-satunya menu pada hari tu. Pakej makan tengahari sekali. Haha. Malam pula masak nasi, goreng telur garing kegemaran semua dan sardine. Pergh! Gandingan mantap di malam hari. Hihi.

Read more>>>

Monday, August 5, 2019

Susun Atur Buku di Rumah

Dulu, masa kanak-kanak saya selalu berangan akan ada mini library di rumah. Saya ada banyak rak yang penuh dengan buku. Satu sudut yang saya akan duduk bahagia membaca buku. Hihi.

Sehingga hari ini saya belum berjaya lagi merealisasikan angan-angan itu. InshaAllah suatu hari nanti di rumah sendiri. Setakat ini saya cuma ada satu rak buku dari Ikea yang belum lagi ada pintu ini. Hihi. InshaAllah, soon.


Sebenarnya, kelmarin kami mengemas rumah nak menyambut mak bapak dan adik-adik saya yang akan datang ke rumah dari Sarawak hari Sabtu nanti. Sambil itu, saya pun kemas semula almari ni dan pindahkan buku sekolah Arissa sekali ke rak ini. Sebelum ini buku-buku sekolah Arissa saya susun dalam bilik kerja kami. 

Mudah sikit nak susun di rak ini bila dah tak pakai fail sebab Arissa sendiri minta tak nak bawa fail untuk isi buku dia. Jadi, saya ikutlah sebab itu yang dia selesa. Hari ini saya sedekahkan juga semua novel saya. Kalau masih disimpan novel semua, memang tak muat nak selitkan buku Arissa. 

Lagipun saya dah tak ada masa rasanya untuk baca novel yang kebanyakannya jauh dari kehidupan sebenar. Dah tua barangkali, sebab itu dah tak begitu berminat nak baca novel. Hehe. Apa pun, seperti orang lain jua saya memang berazam untuk perbanyakkan lagi masa untuk mengaji dan baca terjemahan sekali. Doakan ya, inshaAllah.


Selain dari itu, saya juga nak luaskan bilik kerja kami ni. Sekarang, suami ada hobi baru iaitu menjahit. Jadi, meja kerja kami ni dah ada tambah satu lagi gadget selain dari dekstop / laptop dan printer iaitu mesin jahit. Huhu. Sebelum ni bakul putih yang menghimpunkan buku Arissa tu semua atas laci putih.

Alhamdulillah kemas dah kedua-dua tempat. Sedap mata memandang. Cuma tak tahu bertahannya sampai bila. Haha. Tahu je lah, anak-anak kan. Pada ketika saya berkongsi cerita ini pun da dah buku-buku yang tidak pada tempatnya saya susun. Hihi. 

Saya minat membaca. Saya bukan seorang yang bersosial sangat selain dari media sosial. Saya lebih memilih untuk duduk di bilik dan membaca buku. Dulu sama, sekarang pun sama. Cuma masa tak begitu banyak untuk aktiviti membaca. Sebab itu ada lagi buku yang plastik belum dibuka. Hihi. 

Semoga lepas ni saya dan anda semua akan ada lebih banyak masa untuk membaca atau melakukan apa sahaja aktiviti yang kita suka selagimana ia tak membuang masa dan memberi manfaat. InshaAllah.

Read more>>>

Sunday, August 4, 2019

I-Great Aman : Apa Ada Dengan Aman

Alhamdulillah, sejak 15 Julai yang lalu Great Eastern Takaful telah melancarkan satu pelan baru yang menggantikan pelan i-Great Damai dinamakan i-Great Aman. Alhamdulillah, i-Great Aman ini adalah sentanding jua dengan pelan sebelum ini. 

Sepertimana pelan sebelum ini, i-Great Aman turut menawarkan kepada anda semua; perlindungan, perubatan dan juga simpanan. Bermaksud, caruman anda adalah meliputi ketiga-tiga perkara ini sepertimana i-Great Damai yang terdahulu.

Jom sama-sama kita tengok video ini. Sepintas lalu, apa ada dengan i-Great Aman.


Saya tahu ramai yang tak begitu arif dengan term yang digunakan dalam video tersebut. Tak apa. Saya setia dan sedia menanti whatsapp dari anda semua, inshaAllah. Tanyalah sebanyak mana yang mahu. Call boleh, nak berjumpa dengan saya juga boleh, inshaAllah. 


Gambar di atas ni adalah lebih details kan. Harap ianya mudah difahami oleh anda semua. Jujur, pelan yang menggantikan pelan i-Great Damai adalah sangat mengamankan. InshaAllah.

Boleh daftarkan bayi seawal usia 30 hari dan warga emas selewatnya di usia 60 tahun. Dinasihati supaya daftar bayi seawal hari pertama dia layak, dan juga sementara masih sihat. Boleh ke boleh?

Ok, cukup setakat ini hari ini. Nak tahu lebih lanjut, dipersilakan untuk menghubungi saya. Boleh follow Facebook dan Instagram saya jua rapat-rapat. 

Read more>>>

Tuesday, July 23, 2019

Penasihat Takaful Great Eastern Berhad

Alhamdulillah, hampir setahun dah saya jadi Penasihat Takaful bagi Great Eastern Takaful Berhad (GETB). Alhamdulillah. Masih ‘muda’ sangat dalam bidang takaful ni. Tapi, semakin hari semakin cinta. Gitu... 

Seronok bila dapat menyebarkan kesedaran akan kepentingan takaful dan berganda seronok bila dapat bantu daftarkan polisi mereka. Seronok bila dah bantu orang untuk dapatkan perlindungan dan perubatan. Great feelings yang tak tahu nak kata macam mana.

Besar cabaran sebagai seorang penasihat takaful untuk memberi kesedaran pada orang ramai akan kepentingan takaful. Bukan seperti direct selling jual makanan mahupun barang. Ia menuntut kefahaman dari kedua-dua belah pihak yang mahu dilindungi dan bantu melindungi.


Awal julai hari tu saya layak untuk menghadiri Takaful Mid-Year 2019 Checkpoint Central Region di Menara Great Eastern. Alhamdulillah. Ini merupakan salah satu 'reward' untuk kami yang layak. Pada hari tu kami talk dari CEO, GM, penasihat-penasihat takaful yang hebat dan seterusnya jemputan motivational speaker. Pengalaman yang hebat lagi sekali saya selepas Let's ROCK 2019 awal tahun ini.

Fuhh, lamanya saya nak siapkan entri tajuk ini. Hihi. Semakin hari semakin kaku jari jemari nak menulis. Tetapi, rindu nak menulis. Allah. Saya juga sedang dalam usaha untuk menguruskan masa saya sebaik-baiknya. Masih lagi kurang disana-sini sekarang. Terkejar-kejar rasanya.

Mohon doakan semoga semua urusan saya dipermudah dan lancar semuanya ya. Dan, saya mendoakan semoga urusan anda juga dipermudah dan lancar. InshaAllah. Aamiin.
Read more>>>

Friday, June 7, 2019

Aidilfitri 2019 | Syawal 1440H

Alhamdulillah diizinkanNya saya berpuasa penuh lagi tahun ini. Syukur Ya Allah. Ramadhan kali ini saya telah berusaha untuk buat sesuatu yang baharu untuk diri sendiri. Moga ia sebagai permulaan dan terus istiqamah. Doakan sekali ya sahabat semua.


Tahun ini giliran beraya di Perak. Sedih memang sedih sebab tak bersama dengan mak bapak dan adik-adik tetapi saya tetap meraikannya dengan penuh gembira. Saya usahakan supaya anak-anak merasai keseronokan hari raya walau berhari raya di bandar.


Alhamdulillah, Arissa juga berjaya puasa penuh tahun ni. Dengan kerelaan dia. Tanpa kami paksa. Kecuali bila dia nak berbuka 1 jam sebelum waktu berbuka. Itu memang kami paksa dia tunggu sebentar. Haha. Sayang ui sekejap je lagi kan. Kami pun tak ada sebarang janji sekiranya dia berpuasa penuh.


Bertemakan warna terang - kuning membuatkan penampakan saya yang sangat besar. Hihihi. Bukan enggan menerima hakikat tetapi berbanding dengan gambar-gambar kebiasaan saya, tidaklah sebegitu besar penampakannya. Apatah lagi berat saya turun 2 kilogram dari sebelum puasa. Haha. Sendiri pun terkejut bila tengok gambar tu sebenarnya.


Dikesempatan ini saya mewakili suami jua menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada salah dan silap saya terhadap kalian samada secara saya sedar mahupun tidak, serta secara terang-terangan atau sebaliknya yang berpunca dari kata-kata saya, tulisan saya, perbuatan saya dan juga perlakuan saya. Semoga kita terus istiqamah dengan amalan kita pada bulan Ramadhan yang lalu dan semoga Syawal kali ini mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.

InshaAllah.
Aamiin.

Read more>>>

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com