Thursday, August 8, 2019

Kenapa Anda Perlukan Takaful?

Sebelum kita baca lagi banyak tentang topik kenapa perlunya takaful ini, saya nak jelaskan sedikit tentang ‘term’ yang digunakan dalam entri ini. Tujuannya adalah untuk elak sebarang kekeliruan. 

Saya tahu, ramai yang sinonim dengan perkataan takaful. Yelah, awal dahulu hanya ada insurans. Great Eastern Takaful dilancarkan pada tahun 2010. Apa pun, kedua-duanya adalah bertujuan yang sama iaitu untuk perlindungan anda semua. Yang berbeza ialah, takaful adalah mengikut sistem Islam. Lain kali saya akan kongsikan ya perbezaan takaful dan insurans.

Jadi, untuk gambar di bawah nanti sila fahami bahawa insurans sama dengan TAKAFUL manakala pampasan sama dengan HIBAH. Kenapa perlukan insurans hayat adalah sama dengan KENAPA ANDA PERLUKAN TAKAFUL. Boleh ke boleh?

Saya kongsikan disini jua apa yang telah dikongsikan di iBanding. Dengan rendah hati saya mohon supaya menganalisa diri semasa membaca faktor-faktor yang dikongsikan ini dan fikir masak-masak. Tanya diri, “ADAKAH AKU PERLUKAN TAKAFUL?”


1. ANDA PEMBERI NAFKAH

Apakah yang berlaku jika ‘sumber pendapatan’ utama keluarga telah tiada? Atau apakah yang berlaku jika salah satu ‘sumber pendapatan’ keluarga tiada? Mampukah pasangan yang ditinggalkan nak selesaikan apa yang telah ditinggalkan dan meneruskan kehidupan. 

2. ANDA MEMILIKI PINJAMAN RUMAH

Mampukah yang ditinggalkan nak meneruskan bayaran rumah? Jika tidak, boleh bayangkan keluarga terpaksa keluar dari rumah yang pada asalnya dibeli sebagai tempat berteduh keluarga. 


3. ANDA PENJAGA KEPADA ORANG TUA ANDA

Sekiranya anda anak yang terpilih untuk menjaga mak bapa, anda perlukan sediakan sesuatu untuk
mereka sekiranya berlaku sebarang musibah. Sekurang-kurangnya boleh bantu mereka untuk meneruskan sisa kehidupan tanpa anak disisi.

4. ANDA PENIAGA ATAU USAHAWAN

Peniaga atau usahawan kebiasaannya tiada caruman KWSP / SOCSO / PERKESO. Peniaga / usahawan selalunya akan membuat simpanan sendiri. Menyimpan sendiri, waris akan ditinggalkan dengan jumlah simpanan tersebut yang sekiranya tidak dihibahkan akan diagihkan secara faraid. Dengan takaful, ada sejumlah wang hibah dan juga simpanan (terma & syarat).

5. ANDA TANGGUNG HUTANG DAN PINJAMAN

Sekiranya ada pinjaman peribadi atau kenderaan, adakah kita nak biarkan penjamin kita susah kerana kita? Atau nak biarkan keluarga yang ditinggalkan dibebani dengan pinjaman kita semasa hidup?

Jelas ke jelas? Kongsikan perkongsian ini kepada semua sekiranya ia memberi manfaat untuk anda dan pastinya ia juga akan memberi manfaat pada orang sekeliling anda. InshaAllah.

Read more>>>

Tuesday, August 6, 2019

Resepi Bihun Goreng Tomyam

Hujung minggu hari tu, dah tak ada idea nak masak apa dengan bahan yang terhad maka terjadinya bihun goreng tomyam. Hihi. Saya kan tak berapa pandai masak jadi diakui saya ni memang sejenis yang ikut resepi sebiji. Contohnya, nak buat bihun goreng biasa tapi taugeh tak ada. Saya terus jadi kacau bilau tau. Hahaha.

Lepas tu buka-buka la resepi dekat internet. Jumpa resepi bihun goreng tomyam yang rata-rata nya tak letak taugeh pun. Yeah! Suami tak perlu lah nak kena keluar pergi beli taugeh. Hehe. Tapi kan, kalau ada taugeh mesti lagi sedap. 

Macam biasa, saya kongsi disini.

Bihun Goreng Tomyam

Bahan-bahan:
5 biji bawang merah*
8 ulas bawang putih*
1 genggam udang kering*
* kisar
1 mangkuk kecil ayam (potong kecil)
1 batang lobak merah (potong kecil)
1 mangkuk kobis (potong kecil)
2 biji tomato (potong 8)
1 sudu besar pes tomyam
2 batang serai  (ketuk)
1 bungkus bihun (celur)

Cara-cara:
Tumis  bahan kisar serta serai sehingga naik bau
Masukan pes tomyam dan tumis sampai naik minyak
Masukkan ayam sampai ayam masak
Masukkan semua sayur lobak dan kobis. Perasakan siap dengan garam dan secukup rasa.
Sambil-sambil tu dekat kuali sebelah buat telur hancur.
Last, masukkan telur hancur dan tomato. Gaul rata. Siap!
Mudah ke mudah? Mudah sangat kan nak buat bihun goreng tomyam ni. Lagi sedap saya rasa kalau letak cili kisar sekali dan pedas sedikit. Saya tak boleh nak bagi pedas lagi sebab ada anak dua orang ni kan. Nanti tak dapat makan pula. Hehe. Nak bagi lebih naik aroma bihun goreng tomyam, letak sehelai dua daun limau purut. Saya lupa. Hihi. 

Tadaaa. Tabur bawang goreng. Dan, makan! nyums.
Inilah satu-satunya menu pada hari tu. Pakej makan tengahari sekali. Haha. Malam pula masak nasi, goreng telur garing kegemaran semua dan sardine. Pergh! Gandingan mantap di malam hari. Hihi.

Read more>>>

Monday, August 5, 2019

Susun Atur Buku di Rumah

Dulu, masa kanak-kanak saya selalu berangan akan ada mini library di rumah. Saya ada banyak rak yang penuh dengan buku. Satu sudut yang saya akan duduk bahagia membaca buku. Hihi.

Sehingga hari ini saya belum berjaya lagi merealisasikan angan-angan itu. InshaAllah suatu hari nanti di rumah sendiri. Setakat ini saya cuma ada satu rak buku dari Ikea yang belum lagi ada pintu ini. Hihi. InshaAllah, soon.


Sebenarnya, kelmarin kami mengemas rumah nak menyambut mak bapak dan adik-adik saya yang akan datang ke rumah dari Sarawak hari Sabtu nanti. Sambil itu, saya pun kemas semula almari ni dan pindahkan buku sekolah Arissa sekali ke rak ini. Sebelum ini buku-buku sekolah Arissa saya susun dalam bilik kerja kami. 

Mudah sikit nak susun di rak ini bila dah tak pakai fail sebab Arissa sendiri minta tak nak bawa fail untuk isi buku dia. Jadi, saya ikutlah sebab itu yang dia selesa. Hari ini saya sedekahkan juga semua novel saya. Kalau masih disimpan novel semua, memang tak muat nak selitkan buku Arissa. 

Lagipun saya dah tak ada masa rasanya untuk baca novel yang kebanyakannya jauh dari kehidupan sebenar. Dah tua barangkali, sebab itu dah tak begitu berminat nak baca novel. Hehe. Apa pun, seperti orang lain jua saya memang berazam untuk perbanyakkan lagi masa untuk mengaji dan baca terjemahan sekali. Doakan ya, inshaAllah.


Selain dari itu, saya juga nak luaskan bilik kerja kami ni. Sekarang, suami ada hobi baru iaitu menjahit. Jadi, meja kerja kami ni dah ada tambah satu lagi gadget selain dari dekstop / laptop dan printer iaitu mesin jahit. Huhu. Sebelum ni bakul putih yang menghimpunkan buku Arissa tu semua atas laci putih.

Alhamdulillah kemas dah kedua-dua tempat. Sedap mata memandang. Cuma tak tahu bertahannya sampai bila. Haha. Tahu je lah, anak-anak kan. Pada ketika saya berkongsi cerita ini pun da dah buku-buku yang tidak pada tempatnya saya susun. Hihi. 

Saya minat membaca. Saya bukan seorang yang bersosial sangat selain dari media sosial. Saya lebih memilih untuk duduk di bilik dan membaca buku. Dulu sama, sekarang pun sama. Cuma masa tak begitu banyak untuk aktiviti membaca. Sebab itu ada lagi buku yang plastik belum dibuka. Hihi. 

Semoga lepas ni saya dan anda semua akan ada lebih banyak masa untuk membaca atau melakukan apa sahaja aktiviti yang kita suka selagimana ia tak membuang masa dan memberi manfaat. InshaAllah.

Read more>>>

Sunday, August 4, 2019

I-Great Aman : Apa Ada Dengan Aman

Alhamdulillah, sejak 15 Julai yang lalu Great Eastern Takaful telah melancarkan satu pelan baru yang menggantikan pelan i-Great Damai dinamakan i-Great Aman. Alhamdulillah, i-Great Aman ini adalah sentanding jua dengan pelan sebelum ini. 

Sepertimana pelan sebelum ini, i-Great Aman turut menawarkan kepada anda semua; perlindungan, perubatan dan juga simpanan. Bermaksud, caruman anda adalah meliputi ketiga-tiga perkara ini sepertimana i-Great Damai yang terdahulu.

Jom sama-sama kita tengok video ini. Sepintas lalu, apa ada dengan i-Great Aman.


Saya tahu ramai yang tak begitu arif dengan term yang digunakan dalam video tersebut. Tak apa. Saya setia dan sedia menanti whatsapp dari anda semua, inshaAllah. Tanyalah sebanyak mana yang mahu. Call boleh, nak berjumpa dengan saya juga boleh, inshaAllah. 


Gambar di atas ni adalah lebih details kan. Harap ianya mudah difahami oleh anda semua. Jujur, pelan yang menggantikan pelan i-Great Damai adalah sangat mengamankan. InshaAllah.

Boleh daftarkan bayi seawal usia 30 hari dan warga emas selewatnya di usia 60 tahun. Dinasihati supaya daftar bayi seawal hari pertama dia layak, dan juga sementara masih sihat. Boleh ke boleh?

Ok, cukup setakat ini hari ini. Nak tahu lebih lanjut, dipersilakan untuk menghubungi saya. Boleh follow Facebook dan Instagram saya jua rapat-rapat. 

Read more>>>

Tuesday, July 23, 2019

Penasihat Takaful Great Eastern Berhad

Alhamdulillah, hampir setahun dah saya jadi Penasihat Takaful bagi Great Eastern Takaful Berhad (GETB). Alhamdulillah. Masih ‘muda’ sangat dalam bidang takaful ni. Tapi, semakin hari semakin cinta. Gitu... 

Seronok bila dapat menyebarkan kesedaran akan kepentingan takaful dan berganda seronok bila dapat bantu daftarkan polisi mereka. Seronok bila dah bantu orang untuk dapatkan perlindungan dan perubatan. Great feelings yang tak tahu nak kata macam mana.

Besar cabaran sebagai seorang penasihat takaful untuk memberi kesedaran pada orang ramai akan kepentingan takaful. Bukan seperti direct selling jual makanan mahupun barang. Ia menuntut kefahaman dari kedua-dua belah pihak yang mahu dilindungi dan bantu melindungi.


Awal julai hari tu saya layak untuk menghadiri Takaful Mid-Year 2019 Checkpoint Central Region di Menara Great Eastern. Alhamdulillah. Ini merupakan salah satu 'reward' untuk kami yang layak. Pada hari tu kami talk dari CEO, GM, penasihat-penasihat takaful yang hebat dan seterusnya jemputan motivational speaker. Pengalaman yang hebat lagi sekali saya selepas Let's ROCK 2019 awal tahun ini.

Fuhh, lamanya saya nak siapkan entri tajuk ini. Hihi. Semakin hari semakin kaku jari jemari nak menulis. Tetapi, rindu nak menulis. Allah. Saya juga sedang dalam usaha untuk menguruskan masa saya sebaik-baiknya. Masih lagi kurang disana-sini sekarang. Terkejar-kejar rasanya.

Mohon doakan semoga semua urusan saya dipermudah dan lancar semuanya ya. Dan, saya mendoakan semoga urusan anda juga dipermudah dan lancar. InshaAllah. Aamiin.
Read more>>>

Friday, June 7, 2019

Aidilfitri 2019 | Syawal 1440H

Alhamdulillah diizinkanNya saya berpuasa penuh lagi tahun ini. Syukur Ya Allah. Ramadhan kali ini saya telah berusaha untuk buat sesuatu yang baharu untuk diri sendiri. Moga ia sebagai permulaan dan terus istiqamah. Doakan sekali ya sahabat semua.


Tahun ini giliran beraya di Perak. Sedih memang sedih sebab tak bersama dengan mak bapak dan adik-adik tetapi saya tetap meraikannya dengan penuh gembira. Saya usahakan supaya anak-anak merasai keseronokan hari raya walau berhari raya di bandar.


Alhamdulillah, Arissa juga berjaya puasa penuh tahun ni. Dengan kerelaan dia. Tanpa kami paksa. Kecuali bila dia nak berbuka 1 jam sebelum waktu berbuka. Itu memang kami paksa dia tunggu sebentar. Haha. Sayang ui sekejap je lagi kan. Kami pun tak ada sebarang janji sekiranya dia berpuasa penuh.


Bertemakan warna terang - kuning membuatkan penampakan saya yang sangat besar. Hihihi. Bukan enggan menerima hakikat tetapi berbanding dengan gambar-gambar kebiasaan saya, tidaklah sebegitu besar penampakannya. Apatah lagi berat saya turun 2 kilogram dari sebelum puasa. Haha. Sendiri pun terkejut bila tengok gambar tu sebenarnya.


Dikesempatan ini saya mewakili suami jua menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada salah dan silap saya terhadap kalian samada secara saya sedar mahupun tidak, serta secara terang-terangan atau sebaliknya yang berpunca dari kata-kata saya, tulisan saya, perbuatan saya dan juga perlakuan saya. Semoga kita terus istiqamah dengan amalan kita pada bulan Ramadhan yang lalu dan semoga Syawal kali ini mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.

InshaAllah.
Aamiin.

Read more>>>

Wednesday, May 22, 2019

Maksud Hibah

Kalau dulu mungkin ramai yang tak tahu tentang hibah. Difahami zaman kini semua maklumat adalah di hujung jari. Atas sebab itu, ramai yang dah ada kesedaran akan kepentingan hibah ini sebagai persediaan akan datang. Sebagai salah seorang penasihat takaful, saya rasa turut bertanggungjawab untuk berkongsi sedikit secara ringkas tentang hibah. Bismillahirrahmanirrahim.


Apakah itu hibah?

Dari segi bahasapemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat. 
Dari segi syarak - suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).

Hukum hibah.

Amalan sunat dan digalakkan dalam Islam terutamanya kepada keluarga terdekat.

Surah al - Nisa'; Ayat 4: “Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.”

Surah al - Baqarah; Ayat 177: “... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orangorang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang memintaminta dan (memerdekakan) hamba sahaya.”

Hadis Rasulullah SAW, Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: “Nabi SAW menerima dan membalas hadiah.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Rukun hibah.

Pemberi hibah (al-Wahib); sempurna akal, baligh dan rusyd. Pemilik harta yang hendak dihibahkan kepada yang dikehendakinya.

Penerima hibah (al-Mawhub lahu); mesti mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya bukan mukallaf seperti belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah.

Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub); hendaklah barang atau harta yang halal serta bernilai di sisi syarak.

Sighah iaitu ijab dan kabul; lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah.

Sumber: www.mais.gov.my dan www.maybank2u.com.my

Alhamdulillah, sehingga disini dahulu perkongsian saya hari ini. Semoga mendapat manfaat dan sekiranya ada sebarang persoalan yang berkaitan, anda dipersilakan untuk menghubungi saya. InshaAllah, saya akan bantu anda sebaiknya.

Read more>>>

Popular Posts

Copyright © My Name Is Yatie Designed by azhafizah.com